PERUTUSAN PENGERUSI

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Saya mengucapkan terima kasih dan syabas kepada mereka yang terlibat dalam usaha mewujudkan laman ini. Dengan adanya laman ini maka wujudlah satu era baru didalam pentadbiran JKKK Sungai Udang. Segala maklumat kemajuan, pembangunan, pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan akan kami salurkan kepada penduduk setempat dan kepada semua amnya melalui laman ini, InsyaAllah.

             Sesuai dengan saranan kerajaan untuk memberi pendedahan kepada masyarakat kampung tentang kemudahan IT, maka saya menyeru kepada semua penduduk kampung ini untuk mula berjinak-jinak dengan laman ini untuk mengutarakan masalah atau memberi pandangan serta teguran kepada kami.

             Akhir kata saya sebagai Pengerusi JKKK Sungai Udang, sentiasa bersedia untuk mendengar rungutan dan nasihat dari anda semua yang disalurkan melalui laman ini mahupun yang berjumpa dengan saya secara peribadi. Gunakanlah laman ini dengan sebaik-baiknya untuk berinteraksi antara satu dengan lain, salurkan maklumat atau berita-berita yang anda ingin sampaikan kepada semua penduduk melalui laman ini.


Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment