Memilih atau melantik
Pemimpin adalah satu tuntutan agama, Ianya merupakan saranan Rasulullah SAW
supaya melantik seorang Ketua dalam sesuatu kumpulan, tidak kira sekecil manapun
kumpulan itu.
Daripada
Abu Said r.a Rasullulah SAW bersabda;‘’Apabila Tiga Orang keluar Musafir, maka
hendaklah melantik seorang daripadaa mereka sebagai ketua’’(Hadis riwayat: Abu
Daud)
Peminpin
- Merupakan satu seni seseorang Individu mempenggaruhi Individu lain atau
Kelompok melalui proses Intraksi dan Komunikasi untuk mendapatkan sepenuh
Kerelaan, Kesetiaan, Kerjasama serta Sokongan
melakukan sesuatu atau sesuatu tujuan bagi mencapai matlamat organisasi
atau Kelompok.
Kepimpinan
-
Merupakan cara atau gaya sesaorang peminpin menerajui, merancang, mengarah,
mempenggaruhi, mengembang dan melaksanakan sesuatu dengan berlandaskan Visi dan
Misi yang jelas dengan mempertimbangkan segala risiko untuk mencapai matlamat
yang khusus (spesifik).
Pengaruh
- Kegiatan atau keteladanan yang baik secara langsung atau tidak langsung
mengakibatkan sesuatu perubahan perilaku dan sikap orang lain atau kelompok.
Sifat
sifat Pemimpin
1. Bijaksana
2. Jujur dan Amanah
3. Bertanggungjawab
4. Tegas dan Berani
5. Adil
6. Berpandangan
Jauh
7. Pendorong
Prinsip
prinsip Kepimpinan
1. Mengetahui
tugasnya
2. Memahami
tahap kemanpuan diri
3. Mengenali
orang bawahannya/pengikutnya
4. Mengimbangi
pencapaian objektif Individu dan Organisasi
5. Memahami
keinginan/kebajikan anggota
6. Menjelaskan
matlamat Organisasi/Kumpulan pimpinannya
7. Tegas
Bertindak
8. Bertanggungjawab
dan menjadi contoh
9. Berfikiran
terbuka
10. Komunikasi
berkesan
Gaya
Kepimpinan
Merupakan
cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk
mempengaruhi individu atau kelompok supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif
organisasi.
1. Kepimpinan
Gaya Autokratik - Seseorang pemimpin yang autokratik
adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber
kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan gaya ini akan membuat keputusan yang
berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi.
Contoh kepimpinan seperti ini boleh dilihat di dalam industri.
2. Kepimpinan
Gaya Demokratik - Gaya kepimpinan demokratik dikenali
juga sebagai
pemimpin yang mengalakkan kesemua Sabodinatnya
melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli
organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan
diambil.
3. Kepimpinan
Gaya Bebas (Laissez-Faire)
- Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan laissez-faire, tidak begitu
berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli
mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya diberi sepenuhnya
kepada Sabodinat bagi mengawal dan mengarah kelompok.
4. Kepimpinan Berperikemanusiaan - Pemimpin
yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya.
Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan
yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan
menganjurkan permuafakatan.
Kesemua
gaya gaya ini mempunyai ciri ciri tertentu/tersendiri dan reaksi pengikut juga
berbeza terhadap gaya yang digunakan.
Pemimpin yang Berjaya adalah yang boleh menggunakan gaya gaya ini dalam
situasi situasi tertentu.
KUASA
DALAM KEPIMPINAN
Kepimpinan
amat berkait rapat dengan kuasa. Pemimpin dianggap mempunyai kuasa selagi orang
bawahan mahu. kuasa adalah sesuatu yang ‘diberi’ oleh orang bawahan kepada
seseorang pemimpin. Kuasa tersebut boleh dihapuskan, dikurangkan atau ditambah
bergantung kepada kemajuan matlamat ahli kumpulan. Dari segi konsepnya juga,
kuasa melibatkan bagaimana orang melihat perhubungan antara satu sama lain.
Kuasa bukannya datang apabila seseorang berada di dalam hiraki tertentu di
dalam organisasi
Jenis
Sumber Kuasa
1. Kuasa Ganjaran (rewarding power) -
Kuasa ganjaran adalah berasaskan kebolehan yang ada kepada pemimpin untuk
memberi ganjaran kepada orang bawahan yang telah melaksanakan arahan atau
memenuhi kehendak. Asas utama kuasa ini adalah untuk memberi ganjaran.
2. Kuasa Paksaan (coercive power) - .
Kuasa paksaan merupakan aspek negatif kepada kuasa ganjaran kerana kuasa ini
berasaskan kebolehan pemimpin untuk mendenda atau menghukum dan mengenakan tindakan
tertentu terhadap orang bawahan apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Dendaan
mungkin dalam bentuk teguran atau sehinggalah kepada dibuang kerja.
3. Kuasa Sah (legitimate power) - Kuasa
sah merupakan autoriti formal yang wujud apabila orang bawahan sedia maklum
bahawa pemimpin tersebut mempunyai hak secara perundangan. Pemimpin boleh
menggunakan pengaruhnya dalam lingkungan perundangannya untuk mengambil sesuatu
tindakan. Justeru itu, kuasa sah
mempunyai perkaitan yang akrab
dengan kedudukan atau jawatan seseorang. Dengan kata lain, pemimpin tersebut
mempunyai obligasi untuk menerima kuasa ini.
4. Kuasa Pakar (expert power) - Kuasa
pakar pula merujuk kepada kuasa yang berasaskan kepada pemahaman,persepsi atau
kepercayaaan bahawa pemimpin mempunyai sesuatu kepakaran yang relevan atau
pengetahuan khusus yang tidak dimiliki oleh orang bawahan. Apabila orang
bawahan akur dengan apa yang disuruh oleh seorang pemimpin dalam menangani
sesuatu situasi, ini bermakna orang bawahan mengiktiraf kuasa pakar yang ada
pada pemimpin tersebut.
5. Kuasa Rujukan atau Petunjuk (referent
power) - Kuasa rujukan adalah berasaskan kepada kehendak dankerelaan orang
bawahan untuk ‘menyerupai’
pemimpin. Contohnya, pemimpin yang
popular akan mempunyai kuasa rujukan apabila orang bawahan bermotivasi untuk
mencontohi tabiat kerja yang baik yang ditunjukkan oleh pemimpin tersebut.
Kuasarujukan juga berfungsi di kalangan rakan sekerja di mana rakan yang
berkarisma mungkin mempengaruhi rakan yang lain untuk menerima pandangan mereka.
No comments:
Post a Comment