INFO KAMPUNG



Sejarah
            Sejarah kampung ini kabur seperti mana sejarah Daerah Dungun.  Kampung Sungai Udang dipercayai telah wujud Lebih dari 100 tahun, seiring dengan kewujudan Kampung Sungai Buaya. Kampung Sungai Udang mendapat  nama sempena nama sebatang anak sungai yang mengalir merentasi kampung tersebut. Anak sungai itu, dikenali sebagai Sungai Udang kerana terdapat banyak udang di situ. 

            Kampung ini mula dikenali selepas kehadiran Tengku Jafar (terkenal kerana penemuan Buaya Putih dan Payung Kuning) yang membina penempatan di Kampung Sungai Udang. Beliau sangat disegani penduduk kerana keperibadian dan ilmunya.  Penduduk kampung menganggapnya sebagai Ketua Kampung disitu. Kampung Sungai Udang dan Kampung Sungai Buaya dipisahkan oleh sebatang alur yang dikenali sebagai Alur Tengku Jaafar. 



PETA KAWASAN SUNGAI UDANG


No comments:

Post a Comment