Friday, 24 January 2014

Percutian di Bandung



Percutian yang dirancang berjalan dengan lancar, walaupun tarikh dipercepatkan, Rombongan seramai 15 orang telah berlepas dari LCCT dengan pesawat Air Asia AK 1328 pada 15 Jan jam 6.40 pagi waktu Malaysia tiba jam 7.45pagi (waktu tempatan) dan kembali dari percutian pada 18 Jan jam 5 ptg (waktu tempatan dengan Air Asia QZ 8593 dan tiba jam 8.10 (waktu Malaysia)di LCCT .








Lawatan ke Gunung Tangkuban Perahu  -  Asal-usul Gunung Tangkuban Parahu dikaitkan dengan legenda Sangkuriang  yang jatuh cinta kepada ibunya, Dayang Sumbi. Untuk menggagalkan niat anaknya menikahinya, Dayang Sumbi memberi syarat supaya Sangkuriang membuat perahu dalam satu malam. Ketika usahanya gagal, Sangkuriang marah dan menendang perahu itu sehingga mendarat dalam keadaan terbalik. Perahu inilah yang kemudian membentuk Gunung Tangkuban Parahu.









Lawatan ke Pasar Terapung Lembang









Rakaman Peristiwa














Tuesday, 14 January 2014

Pemimpin dan Kepimpinan

Memilih atau melantik Pemimpin adalah satu tuntutan agama, Ianya merupakan saranan Rasulullah SAW supaya melantik seorang Ketua dalam sesuatu kumpulan, tidak kira sekecil manapun kumpulan itu.
Daripada Abu Said r.a Rasullulah SAW bersabda;‘’Apabila Tiga Orang keluar Musafir, maka hendaklah melantik seorang daripadaa mereka sebagai ketua’’(Hadis riwayat: Abu Daud)



Peminpin - Merupakan satu seni seseorang Individu mempenggaruhi Individu lain atau Kelompok melalui proses Intraksi dan Komunikasi untuk mendapatkan sepenuh Kerelaan, Kesetiaan, Kerjasama serta Sokongan  melakukan sesuatu atau sesuatu tujuan bagi mencapai matlamat organisasi atau Kelompok.

Kepimpinan - Merupakan cara atau gaya sesaorang peminpin menerajui, merancang, mengarah, mempenggaruhi, mengembang dan melaksanakan sesuatu dengan berlandaskan Visi dan Misi yang jelas dengan mempertimbangkan segala risiko untuk mencapai matlamat yang khusus (spesifik).

Pengaruh - Kegiatan atau keteladanan yang baik secara langsung atau tidak langsung mengakibatkan sesuatu perubahan perilaku dan sikap orang lain atau kelompok.

Sifat sifat Pemimpin

1.         Bijaksana
2.         Jujur dan Amanah
3.         Bertanggungjawab
4.         Tegas dan Berani
5.         Adil
6.         Berpandangan Jauh
7.         Pendorong

Prinsip prinsip Kepimpinan

1.         Mengetahui tugasnya
2.         Memahami tahap kemanpuan diri
3.         Mengenali orang bawahannya/pengikutnya
4.         Mengimbangi pencapaian objektif Individu dan Organisasi
5.         Memahami keinginan/kebajikan anggota
6.         Menjelaskan matlamat Organisasi/Kumpulan pimpinannya
7.         Tegas Bertindak
8.         Bertanggungjawab dan menjadi contoh
9.         Berfikiran terbuka
10.       Komunikasi berkesan

Gaya Kepimpinan

            Merupakan cara seseorang pemimpin menggunakan kuasa yang dimiliki sebagai alat untuk mempengaruhi individu atau kelompok supaya bekerja kuat untuk mencapai objektif organisasi.

1.         Kepimpinan Gaya Autokratik - Seseorang pemimpin yang autokratik adalah mementingkan pelaksanaan tugas. Dia memimpin dengan menggunakan sumber kuasa formal. Pemimpin yang mengamalkan gaya ini akan membuat keputusan yang berkaitan dengan tugas, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan itu dipatuhi. Contoh kepimpinan seperti ini boleh dilihat di dalam industri.

2.         Kepimpinan Gaya Demokratik - Gaya kepimpinan demokratik dikenali juga sebagai
pemimpin yang mengalakkan kesemua Sabodinatnya melibatkan diri dalam organisasinya. Peluang diberi kepada setiap ahli organisasi untuk memberikan pendapat atau pandangan sebelum sesuatu keputusan diambil.

3.         Kepimpinan Gaya Bebas (Laissez-Faire) - Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan laissez-faire, tidak begitu berminat dengan urusan yang diamanahkan kepadanya. Beliau biasanya tidak peduli mengenai kerja mahupun hasilnya. Kuasa yang ada padanya diberi sepenuhnya kepada Sabodinat bagi mengawal dan mengarah kelompok.

4.         Kepimpinan Berperikemanusiaan - Pemimpin yang berperikemanusiaan menunjukkan minat yang lebih terhadap kakitangannya. Dia mementingkan suasana kerja yang baik, dipupuk melalui jalinan persahabatan yang mesra di kalangan semua kakitangan. Konflik cuba dihindarkan dengan menganjurkan permuafakatan.

            Kesemua gaya gaya ini mempunyai ciri ciri tertentu/tersendiri dan reaksi pengikut juga berbeza terhadap gaya yang digunakan.  Pemimpin yang Berjaya adalah yang boleh menggunakan gaya gaya ini dalam situasi situasi tertentu.


KUASA DALAM KEPIMPINAN

            Kepimpinan amat berkait rapat dengan kuasa. Pemimpin dianggap mempunyai kuasa selagi orang bawahan mahu. kuasa adalah sesuatu yang ‘diberi’ oleh orang bawahan kepada seseorang pemimpin. Kuasa tersebut boleh dihapuskan, dikurangkan atau ditambah bergantung kepada kemajuan matlamat ahli kumpulan. Dari segi konsepnya juga, kuasa melibatkan bagaimana orang melihat perhubungan antara satu sama lain. Kuasa bukannya datang apabila seseorang berada di dalam hiraki tertentu di dalam organisasi

Jenis Sumber Kuasa

1.         Kuasa Ganjaran (rewarding power) - Kuasa ganjaran adalah berasaskan kebolehan yang ada kepada pemimpin untuk memberi ganjaran kepada orang bawahan yang telah melaksanakan arahan atau memenuhi kehendak. Asas utama kuasa ini adalah untuk memberi ganjaran.

2.         Kuasa Paksaan (coercive power) - . Kuasa paksaan merupakan aspek negatif kepada kuasa ganjaran kerana kuasa ini berasaskan kebolehan pemimpin untuk mendenda atau menghukum dan mengenakan tindakan tertentu terhadap orang bawahan apabila kehendaknya tidak dipenuhi. Dendaan mungkin dalam bentuk teguran atau sehinggalah kepada dibuang kerja.

3.         Kuasa Sah (legitimate power) - Kuasa sah merupakan autoriti formal yang wujud apabila orang bawahan sedia maklum bahawa pemimpin tersebut mempunyai hak secara perundangan. Pemimpin boleh menggunakan pengaruhnya dalam lingkungan perundangannya untuk mengambil sesuatu tindakan. Justeru itu, kuasa sah
mempunyai perkaitan yang akrab dengan kedudukan atau jawatan seseorang. Dengan kata lain, pemimpin tersebut mempunyai obligasi untuk menerima kuasa ini.

4.         Kuasa Pakar (expert power) - Kuasa pakar pula merujuk kepada kuasa yang berasaskan kepada pemahaman,persepsi atau kepercayaaan bahawa pemimpin mempunyai sesuatu kepakaran yang relevan atau pengetahuan khusus yang tidak dimiliki oleh orang bawahan. Apabila orang bawahan akur dengan apa yang disuruh oleh seorang pemimpin dalam menangani sesuatu situasi, ini bermakna orang bawahan mengiktiraf kuasa pakar yang ada pada pemimpin tersebut.

5.         Kuasa Rujukan atau Petunjuk (referent power) - Kuasa rujukan adalah berasaskan kepada kehendak dankerelaan orang bawahan untuk ‘menyerupai’
pemimpin. Contohnya, pemimpin yang popular akan mempunyai kuasa rujukan apabila orang bawahan bermotivasi untuk mencontohi tabiat kerja yang baik yang ditunjukkan oleh pemimpin tersebut. Kuasarujukan juga berfungsi di kalangan rakan sekerja di mana rakan yang berkarisma mungkin mempengaruhi rakan yang lain untuk menerima pandangan mereka.