Monday, 9 December 2013
Jom Gi Bandung (Bandung yuk!)
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.
JKKK Sungai Udang akan menganjurkan satu trip 4 hari 3 malam ke Bandung pada 17.01.2014 - 20.01.2014. Dengan ini, kami mengalu-alukan warga kampung untuk menyertai trip ini.
Kepada penduduk kampung yang ingin menyertai kami, bolehlah berhubung dengan Fatimah Bidin (01114987607). Sila sertakan salinan ic dan wang pendahuluan RM500 (untuk menempah tiket) selewat-lewatnya pada pukul 8 malam hari khamis (12.12.13).
Bayaran penuh adalah sebanyak RM1000 seorang. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bercuti di Bandung. ^_^
Masjid Kampung Sungai Udang
Masjid Baharu Sungai Udang |
Masjid wajib dibangunkan dan dipelihara oleh umat Islam
kerana ianya bukan sahaja menjadi tempat ibadah untuk mendekatkan diri kepada
Allah, tetapi juga tempat dipancarkan kekuatan keimanan dan ketaqwaan, kemajuan
rohani dan jasmani, perpaduan dan kekuatan umat tanpa mengira warna kulit,
keturunan, pangkat dan kedudukan.
Orang yang mengimarahkan masjid kerana menunaikan ibadah samada dalam bentuk hubungan manusia dengan Allah ataupun hubungan sesama manusia adalah disifatkan orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t yamg bermaksud: “Bahawasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah Al-Taubah:18).
Lantaran itu Masjid ini telah dibina, Pembinaannya berlaku sekitar tahun 1948. Dibina hasil dari sumbangan dan derma penduduk
tempatan. Masjid ini siap dibina dan
digunakan sekitar Tahun 1950 setelah perpindahan dari Kampung Tengah (Sebelah
Balai Bomba) ke Masjid ini selepas selesai Solat Jumaat yang telah diimamkan
oleh Allahyarham Haji Zainal Abidin (dikenali sebagai Tok Guru Haji Bidin –
Masjid yang dinamakan dengan nama Allahyarham terletak di Sura Gate).
Masjid Lama Sungai Udang |
Setelah negara mencapai Kemerdekaan dan kemajuan,
jumlah penduduk Daerah Dungun dan Kampung Sungai Udang semakin bertambah. Pada
tahun 1972, Masjid Kampung Sungai Udang telah diperbesarkan juga hasil dari
kutipan dan derma yang dikumpulkan. Masjid ini merupakan Masjid utama di Daerah Dungun sebelum Masjid Tengku
Intan Zaharah di Kampung Molek dibina.
Masjid lama ini telah dirobohkan setelah siapnya sebuah
Masjid Baru yang moden bagi mengantikannya. Masjid baru ini telah diRasmikan
oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Wathiqu Sultan Mizan Zainal Abidin pada 27 Sep 2013 bersamaan
21 Zulkaedahb1434H dan dinamakan Masjid Al Salikin Sungai Udang.
Masjid Baharu semasa proses pembinaan. |
Masjid Al Salikin Sungai Udang |
*Cerita ini adalah hasil dapatan
daripada penceritaan orang lama dan hasil bacaan. Sekiranya terdapat sebarang
pembetulan, bolehlah meninggalkan komen di ruangan komen dibawah.
Subscribe to:
Posts (Atom)